SYAWAL YANG DUKA BUAT PALESTIN

No Comment - Post a comment

Tarikh : 20 Oktober 2006
Hari : Jumaat
Tajuk : Ramadhan 1427

Hari ini saya membelek laman web Berita Harian…dalam ruangan Berita Dunia. Tertarik dengan satu tajuk berita “Ulama gesa bantu Palestin”. Apabila membaca berita ini, barulah minda saya mula berfikir untuk menulis sesuatu pada hari ini.

Aduhai pembaca budiman, jika kita semua penduduk Malaysia Muslim bergembira menyambut hari raya, kita cuba mendengar luahan hati sebahagian penduduk Palestin merujuk dalam Berita Harian,20/10/06;

Ramadan ini adalah Ramadan paling perit sepanjang hidup saya,” kata seorang pedagang emas kepada Reuters.“"Ia lebih teruk daripada sebelumnya,” kata seorang penjual sayur, Hasan Naana.

“Ramai tidak dapat membayar hutang. Ia adalah kali pertama yang saya melihat keadaan yang begini teruk,” kata penjual berusia 46 tahun itu sambil mengeluarkan sebuah buku hutang menunjukkan hutang pelanggannya.

Seorang pejuang daging, Amin Abu Zant, 57 , tidak boleh ingat pernah mengalami Ramadan yang semuram tahun ini."Tengok sajalah kedai saya, semakin kosong. Kehidupan semakin perit hari demi hari,” katanya.

Khaled al-Shaweesh, 61, pemilik kedai pakaian di Ramallah, berkata sebahagian gaji yang dibayar kepada kakitangan kerajaan berpendapatan rendah baru-baru ini tidak mampu mengubah keadaan."Mereka dapat sebahagian daripada gaji dan terpaksa membayar hutang Ekonomi Semenanjung Gaza menghampiri paras sifar dan diburukkan lagi dengan serangan tentera Israel yang membunuh kira-kira 260 orang sejak beberapa bulan lalu”

Aduhai bila membaca berita seperti ini menjadikan Hari Raya tahun nie hari gembira dalam duka dalam diri saya dan sesetengah ummah Islam yang berfikir. Kita masih tidak mampu untuk menrealisasikan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Tidak sempurna Iman seseorang kamu selagi mana ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”-Minda Berfikir

 

PERTEMUAN DENGAN MUALLAF

No Comment - Post a comment



Alhamdulillah dalam ruangan maya ini ana nak berkongsi beberapa pengalaman yang agak menarik untuk diperhatikan. Dalam perjalanan ana ke Batu Pahat sempena program anjuran kampus, ana terjumpa dengan seorang muallaf yang baru masuk Islam. Kebetulan pula dia dalam keadaan tersepit akibat kehilangan beg dan semua wang beliau.

Ana mengambil kesempatan dengan membeli tiket untuknya ke pinang. Sebelum ana menaiki bas dalam jam 9 mlm, sempat beberapa perkara yang ana dapat berbicara dengan muallaf tersebut. Ana mula menyoal kenapa anda memilih Islam…..Jawapan yang diberi beliau agak kurang menyenagkan ana. Katanya “Nak cerita pasal nie bukanlah seperti ajak minum kopi kat kedai pahtu selesai…..”Jalan ceritanya berperingkat-peringkat.

Walaubagaimanapun ana sempat berbual-bual dengan beliau namanya Abd Rahem Yeoh Abdullah….Ana mengambil peluang bertanya berkenaan dengan agama dia sebelum ini. Dia bagitau sebelum nie agama dia adalah kristian khatolik. Setiap hari ahad dia akan ke gereja. Pengisian biasanya menyanyi lagu-lagi sedih dan kemudian diberi minum air “Holy Water” dan sejenis makanan yang berfungsi sama dengan “santau”. Semua yang hadir akan taat kepada ucapan yang disampaikan oleh Paderi tersebut.

Satu persoalan yang masih bermain-main difikiran ana ialah kenapa dia memilih Islam sebagai cara hidup? Tidak semudah abc untuk orang menukarkan agamanya kepada agama lain yang seringkali mendapat tohmahan sebagai agama yang menganjurkan pelbagai aktiviti keganasan.

 

No Comment - Post a comment

Tarikh : 22 Mei 2006 (Isnin)
Tempat : KIP – Puchong

NIKMAT MATA

Alhamdulillah…..malam nie ana berjumpa dengan seorang sahabat yang banyak memberi pengajaran kepada ana. Nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita sebenarnya kita tak merasainya. Nikmat yang ana nak bicarakan di sini ialah nikmat mata. Abg nie menceritakan kepada ana berkaitan dengan matanya yang sakit.

Sebelum ini beliau pernah memakai contact lens pada matanya. Satu hari ketika bermain takraw, matanya terkena bola takraw. Ini menyebabkan kecederaan sedikit pada matanya, ini menyebabkan virus masuk ke dalam matanya. Keadaan ini menyebabkan matanya kian membengkak dan semakin sakit. Beliau dimasukkan ke dalam wad selama 2 bulan.
Apa yang beliau cukup terasa ialah doktor mengatakan bahawa jika dia lewat sehari sahaja berjumpa doktor, maka matanya akan buta. MasyaALlah betapa sayangnya Allah pada hamba-hambaNya.

Sahabat-sahabatku daripada kesah ini ana nak kongsikan bersama. Benarlah firman Allah yang bermaksud “Sedikit sahaja yang bersyukur kepadaKu”. Nikmat mata sebenarnya kita tak akan rasa melainkan apabila Allah menarik nikmat tersebut. Apatah lagi kita akan berasa betapa besarnya nikmat kehidupan setelah Allah mematikan kita. Semua nikmat ini adalah nikmat pinjaman kepada kita dan ia semua adalah milikNya. Apakah kita rasa marah jika pemiliknya ambik semula barang kepunnyaanNya?

Hisablah mata anda setakat mana ia digunakan kepada jalan Allah….bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik balik mata kepunnyaanNya ini. Allahua’lam.

 

No Comment - Post a comment

13 MEI 2006

Alhamdulillah dalam sejarah hidupku dapat juga mendengar syarahan secara life mengenai isu Palestin yang disampaikan oleh al-Mujahid Khalil ketua whip parlimen Palestin sekarang. Dalam ucapan beliau terdapat beberapa perkara penting yang sepatutnya menjadi iktibar kepada semua ummah Islam di atas muka bumi Allah ini.

Sejarah Palestin yang begitu panjang dalam keadaan yang begitu tragis. Apapun bagi kita orang Islam, ini semua menunjukkan kebenaran akan janji-janji Allah kepada Rasulullah SAW. Kaum Yahudi Israel –Zionis dan sekutu-sekutu mereka telah menjalankan misi mereka sebagaimana yang telah diberitakan oleh Allah dalam al-Quran:

“Sesungguhnya tidak akan redho buat selama-lamanya kaum yahudi dan nasrani sehingga kamu akan mengikuti cara hidup mereka”

Antara intisarti ucapan wakil HAMAS ialah:

1. Palestin adalah pintu kepada jihad orang Islam
2. Palestin sebagai mercu-tanda kepada perjuangan ummah Islam.
3. Mati syahid adalah lebih utama
4. Tetap akan melakukan jihad kepada Yahudi dan zionis.
5. Mati syahid adalah cita-cita umat palestin.

 

No Comment - Post a comment

19 Oktober 2006
Khalifah Alternatif
Dunia sedang melakar sejarah baru untuk dekad ini. Daripada tahun 1900 sehingga 2006 pelbagai peristiwa telah berlaku dan sedang berlaku. Apa yang memeritkan ialah ia memaparkan siri penderitaan ummah Islam semakin hari semakin menjadi. Setelah jatuhnya khalifah Turki Osmaniah pada tahun 1918 oleh British dengan bantuan nasionalis Arab, kisah duka ummah Islam semakin menampakkan pilunya.

Dengan pencerobohan yahudi dalam negara palestin yang ditaja oleh Barat telah membunuh beribu-ribu umat Islam. Mereka semakin berani untuk menceroboh lebih banyak dalam wilayah Palestin. Sebenarnya isu palestin menjadi satu kisah duka yang berpanjangan terhadap ummat Islam.

Barat bukan hanya berniat setakat itu sahaja. Mereka mula mempromosikan bahawa Islam adalah agama keganasan. Sebagaimana yang kita maklumi yang sebelum ini, akhbar denmark dengan beraninya mengeluarkan lakaran yang jelasnya menghina Rasulullah SAW. Lakaran itu membayangkan bahawa Islam ditegakkan dengan keganasan. Atas sebab keganasan juga Amerika dengan sekutu-kutunya bertindak menceroboh Afghanistan, Iraq, Palestin dan hari ini sasaranya menuju kepada Iran.

Kita tidak dapat menafikan bahawa Amerika cuba melakar sejarah baru yang menunjukkan bahawa peradaban mereka telah berjaya menguasai seluruh muka bumi ini. Ketika mereka giat mempromosikan peradaban mereka, pada masa yang sama juga Islam telah diblack list sebagai musuh. Jadi tidak hairanlah hari ini umat Islam menjadi sasaran yang berterusan.

Saya agak tertarik dengan satu tulisan seoarang penulis. Saya lupa siapa….tapi idea beliau ialah menyeru seluruh gerakan Islam bersatu dalam satu gerakan dengan mewujudkan satu Khalifah bayangan yang tidak bergantung kepada Amerika. Saya terfikir bahawa OIC telah memainkan peranan selepas kejatuhan empayar Islam. Namun akhir-akhir ini OIC tidak mampu untuk mengatasi isu Palestin sejak sekian lama pertubuhan ini ditubuhkan. Akhirnya…idea mengumpulkan seluruh gerakan Islam dalam satu organisasi dengan melantik ketuanya sendiri menjadi satu idea yang baik. Organisasi ini boleh menjadi alternatif kepada OIC dalam menyuarakan hak-hak dan pandangan Islam terhadap umatnya masa kini.

Pihak musuh berganding bahu dalam menjatuhkan Islam dan ummahnya…Sementara disebelah umat Islam disibukkan dengan pelbagai isu dalaman yang menjadi kronik apabila menimbulkan perbalahan. Satu pihak keras mempertahankan aliran masing-masing tanpa cuba mencari satu titik pertemuan atas kalimah yang mulia iaitu “Lailahaillah Muhammadurrasulullah”….Selagi mana umat Islam tidak sanggup berada dibawah panji ini dengan mempertahankan aliran masing-masing selagi itulah kita lemah dan hanya melihat umat Islam ditindas dan digomol sewenangnya oleh kafir laknatullah.

Akhirnya….siapakah pemimpin yang mempunyai hikmah untuk menyatukan seluruh umat Islam di dunia? Imam yang boleh menunjukkan kita kejalan yang ditunjukki oleh Tuhan Rabbul Jalill….