Tarikh : 20 Oktober 2006
Hari : Jumaat
Tajuk : Ramadhan 1427
Hari ini saya membelek laman web Berita Harian…dalam ruangan Berita Dunia. Tertarik dengan satu tajuk berita “Ulama gesa bantu Palestin”. Apabila membaca berita ini, barulah minda saya mula berfikir untuk menulis sesuatu pada hari ini.
Aduhai pembaca budiman, jika kita semua penduduk Malaysia Muslim bergembira menyambut hari raya, kita cuba mendengar luahan hati sebahagian penduduk Palestin merujuk dalam Berita Harian,20/10/06;
Ramadan ini adalah Ramadan paling perit sepanjang hidup saya,” kata seorang pedagang emas kepada Reuters.“"Ia lebih teruk daripada sebelumnya,” kata seorang penjual sayur, Hasan Naana.
“Ramai tidak dapat membayar hutang. Ia adalah kali pertama yang saya melihat keadaan yang begini teruk,” kata penjual berusia 46 tahun itu sambil mengeluarkan sebuah buku hutang menunjukkan hutang pelanggannya.
Seorang pejuang daging, Amin Abu Zant, 57 , tidak boleh ingat pernah mengalami Ramadan yang semuram tahun ini."Tengok sajalah kedai saya, semakin kosong. Kehidupan semakin perit hari demi hari,” katanya.
Khaled al-Shaweesh, 61, pemilik kedai pakaian di Ramallah, berkata sebahagian gaji yang dibayar kepada kakitangan kerajaan berpendapatan rendah baru-baru ini tidak mampu mengubah keadaan."Mereka dapat sebahagian daripada gaji dan terpaksa membayar hutang Ekonomi Semenanjung Gaza menghampiri paras sifar dan diburukkan lagi dengan serangan tentera Israel yang membunuh kira-kira 260 orang sejak beberapa bulan lalu”
Aduhai bila membaca berita seperti ini menjadikan Hari Raya tahun nie hari gembira dalam duka dalam diri saya dan sesetengah ummah Islam yang berfikir. Kita masih tidak mampu untuk menrealisasikan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Tidak sempurna Iman seseorang kamu selagi mana ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”-Minda Berfikir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment