ARTIS JADI IKUTAN, ULAMA’ JADI SENDAAN

No Comment - Post a comment

ARTIS JADI IKUTAN, ULAMA’ JADI SENDAAN
28-11-06

Inilah bahana yang terpaksa kita tanggung dalam masyarakat Melayu Islam kita hari ini. Hari ini apa yang saya nak berkongsi ialah Peranan Artis dalam membentuk masyarakat.

Tidak dinafikan lagi bahawa artis menjadi idola kepada masyarakat khasnya kumpulan sasar remaja. Mereka tercari-cari siapakah yang menjadi ikutan ataupun contoh tauladan. Malangnya mereka telah berjumpa dengan contoh tauladan yang tidak megamalkan Islam dalam kehidupan mereka.

Ini sedutan berita yang saya ambil daripada internet Berita Harian, 28/11/06 (Rabu) yang yang bertajuk Busana diperagakan tarik perhatian tetamu Festival Busana Muslim KL-Jakarta di KLCC :

Jika sebelum ini, ada yang mengatakan penyanyi jelita ini semakin seksi sejak bergelar isteri namun apa yang dapat dilihat sewaktu pertunjukan fesyen itu adalah kontra dengan apa yang digembar-gemburkan selama ini.Penampilan Siti kini lebih Islamik apabila mengenakan tudung kepala. Dan dengan imej barunya ini apakah Siti juga akan mengucapkan selamat tinggal pada dunia seni seperti mana yang pernah dinyatakan dulu.Oops! Jangan silap faham, imej terbaru Siti itu bukanlah berkekalan sebaliknya penyanyi berdagu lekuk itu sekadar menggayakan busana pengantin muslim bertemakan Aroosah hasil rekaan Radzwan Radziwill.Walaupun bertudung litup, kejelitaannya tetap terserlah. Siti bukan saja berjaya menghiburkan tetamu yang sememangnya ternanti-nanti dengan kehadirannya menerusi lagu Aku Cinta Padamu, malah gayanya sebagai model yang sedang memperagakan pakaian turut menarik perhatian ramai. Radzwan ketika ditemui selepas majlis itu berakhir berkata dia mengambil masa selama sebulan setengah untuk menyiapkan rekaannya itu.“Sebelum ini memang saya ada mengundang Siti untuk terbabit dengan pertunjukan fesyen ini dan Siti bersetuju. Baju yang Siti gayakan itu bernilai RM22,000 dan ia memang berkonsepkan pengantin muslim.

Apa yang membimbangkan perlakuan dan ucapan artis telah dijadikan tauladan dan ikutan. Namun teguran dan juga peringatan daripada para mufti, ulama’ dan tok-tok guru tidak diendahkan bahkan mendapat cacian.

Kita tidak boleh menyalahkan artis 100% kerana mereka lahir daripada acuan dan sistem yang dibentuk oleh kerajaan pemerintah. Mereka akan mengikut segala apa yang dibenarkan dan ditunjukkan oleh pemimpin mereka.

Nah,…sekarang baru kita memahamai bahawa Islam hanya telah dipergunakan untuk tujuan komersial sahaja dan selepas itu tiada Islam….Islam hanya di masjid….di tempat lain guna cara hidup lain. …Dekat nak mati guna Islam,…..masa hidup Islam dihina dibuang ikut sesuka hati…..Wajarkah? Siapa bersalah? Dan siapa yang hendak dipersalahkan?....

 
This Post has No Comment Add your own!

Post a Comment