BERFIKIR DENGAN OTAK BARU

No Comment - Post a comment


BERFIKIR DENGAN OTAK BARU
7-12-06 (Khamis)

Saya cuba membawa sahabat-sahabat pembaca kepada penggunaan otak kita selama ini. Soalan saya bagaimana otak kita boleh berfikir? Bilakah seseorang manusia mula berfikir?...Berfikir dengan dimensi lama atau dimensi baru? Berfikir dengan otak beriman daripada otak kufur……

Kita manusia mula berfikir apabila ditiupkan ruh kita ketika kita berada di dalam perut ibu kita yang dipanggil Rahim. Sebenarnya pengaruh dan cara berfikir seseorang ibu sewaktu mengandung anaknya sangat mempengaruhi cara berfikir janinya. Apa yang dimakan, diminum, disentuh,dibaca, didengar dan secara keseluruhannya yang dibuat oleh seorang ibu amat-amat mempengaruhi anaknya sewaktu sedang ‘transit’ dalam perut ibu. Satu alam Rahim yang sempit dan gelap bagi seseorang anak…..

Apabila manusia mula keluar menerjah daripada alam Rahim, sistem otak mula bergerak aktif. Semua pacaindera mula berfungsi dan segala maklumat mula dipindahkan ke dalam otak manusia dan ditafsirkan. Begitu juga dengan bahasa…bagaimana manusia mula mempelajari bahasa dengan mendengar ucapan-ucapan daripada ibu-bapa dan yang yang bercakap dengannya.

Rupa-rupanya otak kita merupakan satu teknologi yang amat hebat kerana dapat merekod semua gelombang bunyi, cahaya dan rasa hingga direkod dalam otak manusia. Katakan seorang bayi menyentuh tangan dan merasa sesuatu….dia mula mentafsirkan kasar,lembut, licin ,bulat, empat segi dan lain-lain.

Islam yang diciptakan Allah untuk semua makhluknya merupakan agama Fitrah. Sebagaimana yang kita ketahui ialah apabila sejak lahir anak-anak akan diazankan disebelah kanan dan diiqamahkan disebelah kiri. Orang bertanya…mengapa dibuat waktu lahir? Fahamke budak tu?....Inilah soalan daripada manusia yang mungkin tidak diazankan waktu dia dilahirkan dulu…Apakah anda tahu gelombang bunyi yang diazankan oleh bapa akan direkodkan di dalam otak bayi tersebut.

Maka seorang bayi akan membesar menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Sepanjang perjalanan membesar manusia mula merekod dan menganalis keadaannya sekitar. Manusia mula berlajar daripada pengalaman yang dilalui. Jika berlaku keadaan trauma dia mula mempelajarinya. Jika buat sesuatu maka…akan jadi sesuatu.

Cuma fungsi otak yang bersikap fizikal tidak mampu menerima dan merekod benda yang tiada gelombang yang jelas. Maknanya otak tak mampu memikirkan sesuatu yang ghaib dan ‘tiada dalam pandangan’. Berfikir dengan apa? Bagaiamana anda berfikir? Di manakah anda berfikir? Apakah yang anda rasa? Bersambung……..

Dapatkan dan download bagaimana anda berfikir 'secara percuma' mengikut pandangan Harun Yahya di http://www.harunyahya.com/indo/buku/bagaimanaseorang001.htm

 

BUAH UKHUWWAH

No Comment - Post a comment

Hari ini saya melontarkan isu ukhuwwah yang seringkali timbul dalam kelompok para daie yang hidup mereka sentiasa dalam perjuangan Islam. Ukhuwwah lahir apabila seorang manusia bersama bekerja dengan seorang manusia yang mempunyai satu matlamat, gerak kerja dan kahidupan.

Banyak-banyak ukhuwwah yang berbuah dalam kehidupan, ukhuwwah yang membuahkan 'iman' adalah buah yang paling manis yang dilahirkan oleh sebuah pokok ukhuwwah. Ukhuwwah yang utuh dan tulus melahirkan buah iman yang dapat dirasai bersama oleh masyarakat.

 

ARTIS DISANJUNG, ULAMA’?

3 comments - Post a comment

ARTIS DISANJUNG, ULAMA’?
30-11-06
KHAMIS

Saya ingin menyambung semula perbicaraan tajuk ARTIS JADI IKUTAN, ULAMA’ JADI SENDAAN yang saya hantar pada 28-11-06. Baru sekejap tadi saya mendengar perbualan beberapa orang teman sekerja…

Antara isi perbualan mereka ialah “…wui aritu aku jumpa artislah….em…kalau dapat bersalam ngan mereka seronoknya”…..

Ada juga yang menjawab “ kalau artis perempuan oklah jugak bergambar…….”……


Mungkin kata-kata mereka ini sekadar gurauan dan mengisi lapang. Namun apa yang patut kita fakir bersama ialah artis disebut-sebut tapi ulama’?....maybe tak kenal pun siapa-siapa……Nielah timbulnya satu idea dari saya iaitu kita kene memperkenalkan ulama’ kepada generasi muda kita hari ini…..

Artis mempunyai tempat yang meluas dalam masyarakat. Depa ada tv, media, radio, dan pelbagai saluran untuk memperagakan cara hidup mereka. Namun alangkah sedihnya, kita tidak mengambil langkah yang bijak untuk mempromosikan ulama’ kita…….

Mungkin ulama’ mempunyai sikap rendah diri…itu saya tak nafikan….tapi kalau ulama’ tak bersuara…tak promosikan dirinya sehingga artis yang tak keruan Islamnya mengeluarkan pandangan mengenai Islam…..ulama’ masih boleh berkata….takpalah….biarlah kami merendah diri………Renungkan…..

 

ARTIS JADI IKUTAN, ULAMA’ JADI SENDAAN

No Comment - Post a comment

ARTIS JADI IKUTAN, ULAMA’ JADI SENDAAN
28-11-06

Inilah bahana yang terpaksa kita tanggung dalam masyarakat Melayu Islam kita hari ini. Hari ini apa yang saya nak berkongsi ialah Peranan Artis dalam membentuk masyarakat.

Tidak dinafikan lagi bahawa artis menjadi idola kepada masyarakat khasnya kumpulan sasar remaja. Mereka tercari-cari siapakah yang menjadi ikutan ataupun contoh tauladan. Malangnya mereka telah berjumpa dengan contoh tauladan yang tidak megamalkan Islam dalam kehidupan mereka.

Ini sedutan berita yang saya ambil daripada internet Berita Harian, 28/11/06 (Rabu) yang yang bertajuk Busana diperagakan tarik perhatian tetamu Festival Busana Muslim KL-Jakarta di KLCC :

Jika sebelum ini, ada yang mengatakan penyanyi jelita ini semakin seksi sejak bergelar isteri namun apa yang dapat dilihat sewaktu pertunjukan fesyen itu adalah kontra dengan apa yang digembar-gemburkan selama ini.Penampilan Siti kini lebih Islamik apabila mengenakan tudung kepala. Dan dengan imej barunya ini apakah Siti juga akan mengucapkan selamat tinggal pada dunia seni seperti mana yang pernah dinyatakan dulu.Oops! Jangan silap faham, imej terbaru Siti itu bukanlah berkekalan sebaliknya penyanyi berdagu lekuk itu sekadar menggayakan busana pengantin muslim bertemakan Aroosah hasil rekaan Radzwan Radziwill.Walaupun bertudung litup, kejelitaannya tetap terserlah. Siti bukan saja berjaya menghiburkan tetamu yang sememangnya ternanti-nanti dengan kehadirannya menerusi lagu Aku Cinta Padamu, malah gayanya sebagai model yang sedang memperagakan pakaian turut menarik perhatian ramai. Radzwan ketika ditemui selepas majlis itu berakhir berkata dia mengambil masa selama sebulan setengah untuk menyiapkan rekaannya itu.“Sebelum ini memang saya ada mengundang Siti untuk terbabit dengan pertunjukan fesyen ini dan Siti bersetuju. Baju yang Siti gayakan itu bernilai RM22,000 dan ia memang berkonsepkan pengantin muslim.

Apa yang membimbangkan perlakuan dan ucapan artis telah dijadikan tauladan dan ikutan. Namun teguran dan juga peringatan daripada para mufti, ulama’ dan tok-tok guru tidak diendahkan bahkan mendapat cacian.

Kita tidak boleh menyalahkan artis 100% kerana mereka lahir daripada acuan dan sistem yang dibentuk oleh kerajaan pemerintah. Mereka akan mengikut segala apa yang dibenarkan dan ditunjukkan oleh pemimpin mereka.

Nah,…sekarang baru kita memahamai bahawa Islam hanya telah dipergunakan untuk tujuan komersial sahaja dan selepas itu tiada Islam….Islam hanya di masjid….di tempat lain guna cara hidup lain. …Dekat nak mati guna Islam,…..masa hidup Islam dihina dibuang ikut sesuka hati…..Wajarkah? Siapa bersalah? Dan siapa yang hendak dipersalahkan?....

 

WASIATKAN ISLAM PADA KETURUNANMU

No Comment - Post a comment

WASIATKAN ISLAM PADA KETURUNANMU
27 NOVEMBER 2006
AHAD

Apa yang saya cuba nak utarakan di sini ialah berkaitan dengan mewasiatkan Islam kepada keturunan kita. Betapa pentingnya perkara ini saya lontarkan kepada anda semua sebagai satu pedoman buat diri saya dan anda semua. Satu perkara besar yang telah kita lupa ialah mewasiatkan Islam pada keturunan cucu cicit kita. Hakikatnya kita tidak akan sempat berjumpa dengan selepas cucu ataupun cicit kita. Maknanya kita hanya sempat berjumpa dan bersua dengan generasi peringkat cucu cicit kita sahaja. Namun harus diingat cucu cicit anda akan melahirkan anak-anak dan keturunan mereka juga.

Nah!....betapa besarnya keluarga keturunan kita. Namun selain daripada wasiat harta yang paling penting ialah wasiat Islam kepada keturunan kita sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s kepada anak-anaknya yang telah difirmankan oleh Allah dalam al-Quran yang berbunyi :



Maksudnya :

[2.132]
Al-Baqarah
Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yakub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam".

[2.133]
Adakah kamu hadir ketika Yakub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apa yang kamu sembah sepeninggalku?" Mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishak, (yaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya."

Maklumat dan perbahasan lanjut anda boleh melawati laman web berikut :
http://www.geocities.com/afadhlis/ilmiah10.htm

 

MELAYU AKAN HILANG DI DUNIA……..

No Comment - Post a comment

MELAYU AKAN HILANG DI DUNIA……..
26 NOVEMBER 2006
AHAD

Hari ini bangsa kita mulai berhadapan dengan isu-isu besar membabitkan pelbagai isu-isu panas. Antara isu yang ketara tetapi cuba diselindungkan oleh pihak tertentu ialah berkaitan isu murtad. Isu murtad ini telah lama disuarakan oleh para ulama’ suatu masa dahulu, tetapi kita dikecewakan dengan satu persatu umat melayu mengubah diri dan juga pendirian mereka. Di mana silapnya?......kenapa umat Melayu sudah mulai mengubah cara hidup meraka. Isu murtad adalah isu yang paling kronik dalam masyarakat melayu hari ini. Mungkin isu mat rempit, dadah, kes bunuh Altantuya dan tanah runtuh antara-antara isu yang panas, tetapi ia tidak sepanas isu murtad.

Kita mula merindui generasi pemuda bangsa Melayu yang boleh kehadapan mempertahankan Islam dalam kehidupan mereka. Mempertahankan bangsa kita daripada dijajah oleh aqidah yang selain daripada Islam. Siapa lagi yang nak mempertahankan aqidah ummah ini jika bukan kita? Aduh….bangsaku…ke manakah sudah kita hari ini?..Kita bangga dengan ekonomi ummah? Kita bangga dengan akhlak ummah hari ini? Kita bangga dengan pegangan aqidah Islam kita?....Apa yang dibanggakan jika Melayu akan hilang di dunia……….

Melayu akan hilang di dunia jika mereka tidak menjadikan Islam sebagai panduan dan tatacara kehidupan mereka. Sebenarnya bangsa kita adalah suatu bangsa yang utama mendifinasikan bangsa Melayu sebagai “ bangsa Melayu ialah orang yang Melayu yang mengamalkan budaya Melayu, pakaian Melayu….dan juga berugama Islam”. Syarat-syarat ini nampaknya sudah semakin longgar….kerana tiang utama iaitu Islam telah dilontar dan dijuzukkan dalam kehidupan ummah Melayu. Betapa ramai anak muda bangsa kita hari ini yang budayanya, pakaiannya, cara hidupnya seperti orang Barat…bangsa kulit putih. Ini bermakna sudah ramai “Melayu” yang hilang di dunia walaupun pada zahirnya dapat dilihat oleh mata…….Fikir-fikirkanlah…..

 

MELAYU MURTADKAN MELAYU

No Comment - Post a comment

TAJUK: MELAYU MURTADKAN MELAYU
22 NOVEMBER 2006 (RABU)
1 DZULKAEDAH 1412


Saya cuba menyambung semula perbicaraan mengenai Azhar Mansor dan Raja Serina. Em….nampak pelbagai kecelaruan dan juga kesamaran. Apakah faktor utama timbulnya kes ini. Selepas solah maghrib di apartment semarak. Aku berborak-borak berkenaan projek majlis bersunat ngan Abg Sirajudin. Alhamdulillah dalam perbincangan tu juga dia ada menanyakan saya berkenaan kes ini. Saya cuba untuk memberi jawapan yang semudah mungkin dan cuba membawa isu yang lebih utama.

Isu utama yang saya cuba lontarkan ialah jika Azhar Mansor tidak membaptiskan orang Melayu masuk kristian, adakah ada melayu lain yang membaptiskan orang melayu masuk kristian? Maksudnya di sini ialah bagi saya jika Azhar Mansor tidaklah sebagaimana yang didakwa, maka kita mesti mendakwa mana-mana umat Melayu yang membaptiskan Melayu Islam yang lain.

Bagi saya melayu mesti mempunyai identiti sendiri. Melayu mengikut tafsiran perlembagaan ialah orang yang mengamalkan budaya Melayu dan beragama Islam. Em..tentu kita masih ingat dengan kata-kata yang mahsyur oleh Hang Tuah “ Takkan Melayu Hilang Di dunia”….Sekilas pandang ini adalah kata-kata yang bleh memberi perangsang kepada kita….Hakikatnya hari ini Melayu ada tapi adab dan tatasusila seperti orang bukan Melayu…..

Melayu takkan hilang di dunia jika Melayu berpegang teguh dengan Islam. Ini kerana ugama Islam akan dipelihara oleh Allah sampai ke akhir zaman. Isu melayu murtadkan melayu sudah lama timbul tetapi hasil dan buahnya kini dapat dilihat di merata-rata tempat. Mereka sudah berakar tunjang, dah mempunyai batang dan ranting-ranting….bahkan sudah mula berbuah…….

 

AZHAR MANSOR

No Comment - Post a comment

AZHAR MANSOR
21 NOVEMBER 2006 (SELASA)
29 SYAWAL 1427

Satu lagi rentetan cerita yang menjadi isu yang cukup panas buat masa ini ialah berkenaan dengan pembaptisan yang akan dilakukan oleh Azhar Mansor yang dijangka pada 5 November. Polis telah menahan Raja Sherina yang dikatakan sebagai penghantar SMS dan juga didakwa mempunyai bukti-bukti tersebut.

Apa yang penulis nak bagitau ialah…….em ada seorang muslimat kita yang mengutarakan isu ini pada saya. Beliau begitu asyik bercerita berkenaan dengan mengapa ummat Islam hari ini begitu mudah menukar agama isLam kepada agama lain walhal mereka ini berpendidikan agama yang kuat. Em….aku pun layanlah jugak isu ini yang aku tahu sket-sket.

Pada masa yang sama muslimat nie tak bertudung….tapi bagi aku dalam diri dia ada kesedaran beragama tapi aku tak tahu kenapa dia tak bertudung…adakah tudung nie hanyalah semata-mata adapt dan adab orang melayu…kalau tak pakai tak sopan. Ataupun kerana takut dipulau oleh rakan-rakan?......

Sampai sekarang aku masih merenung….merenung…apakah hakikat sebenarnya….

 

SYAWAL YANG DUKA BUAT PALESTIN

No Comment - Post a comment

Tarikh : 20 Oktober 2006
Hari : Jumaat
Tajuk : Ramadhan 1427

Hari ini saya membelek laman web Berita Harian…dalam ruangan Berita Dunia. Tertarik dengan satu tajuk berita “Ulama gesa bantu Palestin”. Apabila membaca berita ini, barulah minda saya mula berfikir untuk menulis sesuatu pada hari ini.

Aduhai pembaca budiman, jika kita semua penduduk Malaysia Muslim bergembira menyambut hari raya, kita cuba mendengar luahan hati sebahagian penduduk Palestin merujuk dalam Berita Harian,20/10/06;

Ramadan ini adalah Ramadan paling perit sepanjang hidup saya,” kata seorang pedagang emas kepada Reuters.“"Ia lebih teruk daripada sebelumnya,” kata seorang penjual sayur, Hasan Naana.

“Ramai tidak dapat membayar hutang. Ia adalah kali pertama yang saya melihat keadaan yang begini teruk,” kata penjual berusia 46 tahun itu sambil mengeluarkan sebuah buku hutang menunjukkan hutang pelanggannya.

Seorang pejuang daging, Amin Abu Zant, 57 , tidak boleh ingat pernah mengalami Ramadan yang semuram tahun ini."Tengok sajalah kedai saya, semakin kosong. Kehidupan semakin perit hari demi hari,” katanya.

Khaled al-Shaweesh, 61, pemilik kedai pakaian di Ramallah, berkata sebahagian gaji yang dibayar kepada kakitangan kerajaan berpendapatan rendah baru-baru ini tidak mampu mengubah keadaan."Mereka dapat sebahagian daripada gaji dan terpaksa membayar hutang Ekonomi Semenanjung Gaza menghampiri paras sifar dan diburukkan lagi dengan serangan tentera Israel yang membunuh kira-kira 260 orang sejak beberapa bulan lalu”

Aduhai bila membaca berita seperti ini menjadikan Hari Raya tahun nie hari gembira dalam duka dalam diri saya dan sesetengah ummah Islam yang berfikir. Kita masih tidak mampu untuk menrealisasikan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Tidak sempurna Iman seseorang kamu selagi mana ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”-Minda Berfikir

 

PERTEMUAN DENGAN MUALLAF

No Comment - Post a comment



Alhamdulillah dalam ruangan maya ini ana nak berkongsi beberapa pengalaman yang agak menarik untuk diperhatikan. Dalam perjalanan ana ke Batu Pahat sempena program anjuran kampus, ana terjumpa dengan seorang muallaf yang baru masuk Islam. Kebetulan pula dia dalam keadaan tersepit akibat kehilangan beg dan semua wang beliau.

Ana mengambil kesempatan dengan membeli tiket untuknya ke pinang. Sebelum ana menaiki bas dalam jam 9 mlm, sempat beberapa perkara yang ana dapat berbicara dengan muallaf tersebut. Ana mula menyoal kenapa anda memilih Islam…..Jawapan yang diberi beliau agak kurang menyenagkan ana. Katanya “Nak cerita pasal nie bukanlah seperti ajak minum kopi kat kedai pahtu selesai…..”Jalan ceritanya berperingkat-peringkat.

Walaubagaimanapun ana sempat berbual-bual dengan beliau namanya Abd Rahem Yeoh Abdullah….Ana mengambil peluang bertanya berkenaan dengan agama dia sebelum ini. Dia bagitau sebelum nie agama dia adalah kristian khatolik. Setiap hari ahad dia akan ke gereja. Pengisian biasanya menyanyi lagu-lagi sedih dan kemudian diberi minum air “Holy Water” dan sejenis makanan yang berfungsi sama dengan “santau”. Semua yang hadir akan taat kepada ucapan yang disampaikan oleh Paderi tersebut.

Satu persoalan yang masih bermain-main difikiran ana ialah kenapa dia memilih Islam sebagai cara hidup? Tidak semudah abc untuk orang menukarkan agamanya kepada agama lain yang seringkali mendapat tohmahan sebagai agama yang menganjurkan pelbagai aktiviti keganasan.

 

No Comment - Post a comment

Tarikh : 22 Mei 2006 (Isnin)
Tempat : KIP – Puchong

NIKMAT MATA

Alhamdulillah…..malam nie ana berjumpa dengan seorang sahabat yang banyak memberi pengajaran kepada ana. Nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita sebenarnya kita tak merasainya. Nikmat yang ana nak bicarakan di sini ialah nikmat mata. Abg nie menceritakan kepada ana berkaitan dengan matanya yang sakit.

Sebelum ini beliau pernah memakai contact lens pada matanya. Satu hari ketika bermain takraw, matanya terkena bola takraw. Ini menyebabkan kecederaan sedikit pada matanya, ini menyebabkan virus masuk ke dalam matanya. Keadaan ini menyebabkan matanya kian membengkak dan semakin sakit. Beliau dimasukkan ke dalam wad selama 2 bulan.
Apa yang beliau cukup terasa ialah doktor mengatakan bahawa jika dia lewat sehari sahaja berjumpa doktor, maka matanya akan buta. MasyaALlah betapa sayangnya Allah pada hamba-hambaNya.

Sahabat-sahabatku daripada kesah ini ana nak kongsikan bersama. Benarlah firman Allah yang bermaksud “Sedikit sahaja yang bersyukur kepadaKu”. Nikmat mata sebenarnya kita tak akan rasa melainkan apabila Allah menarik nikmat tersebut. Apatah lagi kita akan berasa betapa besarnya nikmat kehidupan setelah Allah mematikan kita. Semua nikmat ini adalah nikmat pinjaman kepada kita dan ia semua adalah milikNya. Apakah kita rasa marah jika pemiliknya ambik semula barang kepunnyaanNya?

Hisablah mata anda setakat mana ia digunakan kepada jalan Allah….bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik balik mata kepunnyaanNya ini. Allahua’lam.

 

No Comment - Post a comment

13 MEI 2006

Alhamdulillah dalam sejarah hidupku dapat juga mendengar syarahan secara life mengenai isu Palestin yang disampaikan oleh al-Mujahid Khalil ketua whip parlimen Palestin sekarang. Dalam ucapan beliau terdapat beberapa perkara penting yang sepatutnya menjadi iktibar kepada semua ummah Islam di atas muka bumi Allah ini.

Sejarah Palestin yang begitu panjang dalam keadaan yang begitu tragis. Apapun bagi kita orang Islam, ini semua menunjukkan kebenaran akan janji-janji Allah kepada Rasulullah SAW. Kaum Yahudi Israel –Zionis dan sekutu-sekutu mereka telah menjalankan misi mereka sebagaimana yang telah diberitakan oleh Allah dalam al-Quran:

“Sesungguhnya tidak akan redho buat selama-lamanya kaum yahudi dan nasrani sehingga kamu akan mengikuti cara hidup mereka”

Antara intisarti ucapan wakil HAMAS ialah:

1. Palestin adalah pintu kepada jihad orang Islam
2. Palestin sebagai mercu-tanda kepada perjuangan ummah Islam.
3. Mati syahid adalah lebih utama
4. Tetap akan melakukan jihad kepada Yahudi dan zionis.
5. Mati syahid adalah cita-cita umat palestin.

 

No Comment - Post a comment

19 Oktober 2006
Khalifah Alternatif
Dunia sedang melakar sejarah baru untuk dekad ini. Daripada tahun 1900 sehingga 2006 pelbagai peristiwa telah berlaku dan sedang berlaku. Apa yang memeritkan ialah ia memaparkan siri penderitaan ummah Islam semakin hari semakin menjadi. Setelah jatuhnya khalifah Turki Osmaniah pada tahun 1918 oleh British dengan bantuan nasionalis Arab, kisah duka ummah Islam semakin menampakkan pilunya.

Dengan pencerobohan yahudi dalam negara palestin yang ditaja oleh Barat telah membunuh beribu-ribu umat Islam. Mereka semakin berani untuk menceroboh lebih banyak dalam wilayah Palestin. Sebenarnya isu palestin menjadi satu kisah duka yang berpanjangan terhadap ummat Islam.

Barat bukan hanya berniat setakat itu sahaja. Mereka mula mempromosikan bahawa Islam adalah agama keganasan. Sebagaimana yang kita maklumi yang sebelum ini, akhbar denmark dengan beraninya mengeluarkan lakaran yang jelasnya menghina Rasulullah SAW. Lakaran itu membayangkan bahawa Islam ditegakkan dengan keganasan. Atas sebab keganasan juga Amerika dengan sekutu-kutunya bertindak menceroboh Afghanistan, Iraq, Palestin dan hari ini sasaranya menuju kepada Iran.

Kita tidak dapat menafikan bahawa Amerika cuba melakar sejarah baru yang menunjukkan bahawa peradaban mereka telah berjaya menguasai seluruh muka bumi ini. Ketika mereka giat mempromosikan peradaban mereka, pada masa yang sama juga Islam telah diblack list sebagai musuh. Jadi tidak hairanlah hari ini umat Islam menjadi sasaran yang berterusan.

Saya agak tertarik dengan satu tulisan seoarang penulis. Saya lupa siapa….tapi idea beliau ialah menyeru seluruh gerakan Islam bersatu dalam satu gerakan dengan mewujudkan satu Khalifah bayangan yang tidak bergantung kepada Amerika. Saya terfikir bahawa OIC telah memainkan peranan selepas kejatuhan empayar Islam. Namun akhir-akhir ini OIC tidak mampu untuk mengatasi isu Palestin sejak sekian lama pertubuhan ini ditubuhkan. Akhirnya…idea mengumpulkan seluruh gerakan Islam dalam satu organisasi dengan melantik ketuanya sendiri menjadi satu idea yang baik. Organisasi ini boleh menjadi alternatif kepada OIC dalam menyuarakan hak-hak dan pandangan Islam terhadap umatnya masa kini.

Pihak musuh berganding bahu dalam menjatuhkan Islam dan ummahnya…Sementara disebelah umat Islam disibukkan dengan pelbagai isu dalaman yang menjadi kronik apabila menimbulkan perbalahan. Satu pihak keras mempertahankan aliran masing-masing tanpa cuba mencari satu titik pertemuan atas kalimah yang mulia iaitu “Lailahaillah Muhammadurrasulullah”….Selagi mana umat Islam tidak sanggup berada dibawah panji ini dengan mempertahankan aliran masing-masing selagi itulah kita lemah dan hanya melihat umat Islam ditindas dan digomol sewenangnya oleh kafir laknatullah.

Akhirnya….siapakah pemimpin yang mempunyai hikmah untuk menyatukan seluruh umat Islam di dunia? Imam yang boleh menunjukkan kita kejalan yang ditunjukki oleh Tuhan Rabbul Jalill….